Tugasan UBM yang pertama tak sempat dibuat. Terus buat tugasan ke-2. Hehe..
Soalan tugasan kali ini.
- Nyatakan 3 sunnah Nabi yang anda tahu. Huraikan dengan lengkap apakah kebaikan sunnah-sunnah tersebut terhadap pengamalnya.
Rasulullah SAW pernah bersabda : “Barangsiapa yang mengikuti sunnahku, bererti dia cinta kepadaku. Dan barang siapa yang cinta kepadaku, maka akan masuk syurga bersamaku.”
Sunnah 1: Cara makan
Posisi duduk semasa makan ialah peha/lutut kanan dinaikkan manakala kita duduk pada bahagian kaki kiri.
Sebenarnya cara duduk sebegini banyak kebaikannya. Posisi ini dapat memberikan keselesaan pada perut dan ia menjaga keseimbangan komposisi ruang dalam perut kepada 3 bahagian. Iaitu 1/3 ruang adalah untuk makanan, 1/3 untuk udara dan 1/3 lagi adalah untuk air. Selain itu cara duduk sebegini dapat mengelakkan kita daripada makan berlebihan.
Daripada Umar r.a., Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Jika salah seorang antara kalian hendak makan, maka hendaknya makan dengan menggunakan tangan kanan dan apabila hendak minum maka hendaknya minum juga dengan tangan kanan. Sesungguhnya syaitan itu makan dengan tangan kiri dan juga minum dengan menggunakan tangan kirinya.”
(H.R. Muslim)
Makan menggunakan tangan.
Tak perlu makan guna sudu, garfu, chopstik, sudip, senduk segala. Makan sahaja menggunakan tangan kanan. Ada kajian membuktikan bahawa, pada tangan / jari kita ni, ada enzim yang 10 kali ganda lebih banyak dari enzim yang ada dalam air liur. Enzim ini berguna untuk mencerna makanan. Jangan lupa baca bismillah yer.
*Patutla badan den tak naek2 (ada kaitan ker? ). Tak makan pon den duduk cani.
Sunnah 2: Cara tidur
Maksudnya: "Apabila kamu hendak tidur di tempat pembaringan kamu hendaklah kamu berwuduk seperti wuduk untuk solat. Kemudian hendaklah kamu baring di lambung kanan kamu."
(H.R. Bukhari dan Muslim)
Tidur mengiring ke kanan.
Tidur yang terbaik adalah dengan kedudukan mengiring ke kanan kerana paru-paru kiri lebih kecil daripada paru-paru kanan. Ini menyebabkan jantung menanggung beban yang lebih ringan. Hati juga akan berada dalam kedudukan tetap, stabil dan tidak tergantung. Perut akan bertenggek di atasnya dengan baik. Ini memudahkan untuk mengosongkan makanan dari perut selepas proses penghadaman.
Cara tidur yang paling dimurkai adalah tidur meniarap!
Abu Hurairah r.a telah meriwayatkan hadis dari Rasulullah. Baginda melihat seorang lelaki meniarap. Lalu baginda bersabda:
Maksudnya: "Sesungguhnya ini adalah cara baring yang dimurkai oleh Allah dan Rasulnya."
(H.R. Tirimizi dan Ahmad-hasan lighairihi)
Abu Umamah r.a berkata: Rasulullah s.a.w lalu dekat seorang lelaki yang tidur meniarap di Masjid. Lalu baginda memukulnya dengan kakinya dan berkata:
Maksudnya: "Bangunlah kamu dari tidur dan duduklah sesungguhnya ini adalah cara tidur ahli neraka jahannam."
(H.R. Ibnu Majah)
Sunnah 3: Amalan hari Jumaat
- Mandi
- Menghias dan Pakai Wangi-wangian
- Memotong Kuku
- Membaca Surah al-Kahfi
- Memperbanyak Doa
- Berselawat
Sabda baginda yang bermaksud, “Apabila datang kepada kamu hari Jumaat, maka mandilah.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Sesiapa yang mandi pada hari Jumaat, memakai pakaiannya yang paling baik, memakai bauan yang ada di rumahnya, kemudian dia pergi untuk menunaikan solat Jumaat tanpa melangkah tengkuk orang lain, solat seperti mana yang telah ditetapkan untuknya, diam ketika imam keluar sehingga dia selesai menunaikan solatnya, maka semuanya itu akan menghapuskan segala dosa yang dilakukannya dalam tempoh di antara Jumaat tersebut dan Jumaat selepas itu.” (Riwayat Ibnu Hibban dan Al-Hakim)
- Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Lima perkara daripada fitrah iaitu berkhatan, mencukur bulu ari-ari, mencabut bulu ketiak, memotong kuku dan menggunting misai.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud, “Sesiapa yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, nescaya dia akan dikurniakan cahaya di antara kedua-dua Jumaat berkenaan.” (Riwayat Al-Hakim dan Al-Baihaqi)
- Sabda baginda yang bermaksud, “Waktu mustajab berdoa itu ialah masa di antara imam duduk sehingga selesai solat.”
- (H.R. Muslim)
- Sabda baginda yang bermaksud, “Sesungguhnya hari kamu yang paling utama ialah hari Jumaat. Maka perbanyakkanlah selawat ke atasku pada hari itu. Sesungguhnya selawat kamu akan dibentangkan di hadapanku.”
Semoga apa yang dikongsi dapat memberikan manfaat kepada pembaca semua. ^^,
0 mikroorganisma:
Post a Comment